Sunday, April 24

berhujung minggu

Semalam sempat jengah PBAKL 2011 kat pwtc. Komik-M ada event 1 jam bersama artis. Yayang kenalah tunjuk muka & give them a hand kan. Sementara tu, aku pergi cari makanan. Tak jumpa nasi, cuma dapat layan sambal puff, pandan/orange macaron & nescafe. Oh, kelemahan aku nak ingat nama kedai/restoran yang aku masuk. Pastinya (85%), ada 1 je restoran berbintang dalam pwtc tu kan?

   Tak kisah la. Yang penting, aku kena isi perut sebelum angin naik sampai kepala. Pasrah saje la dengan harga makanan/minuman restoran 3-5 bintang. At last, aku dapat jugak merasa macaron yang lately aku rasa dah melanda 'trend' sekarang lepas tsunami cup cake. 

Sumber: Google

   Erghhh! excited nak rasa macaron kegilaan masa kini. Sanggup bayar RM5 untuk 3 biji. Sudahnya, aku telan sebiji je pandan macaron. Itu pun aku telan sebaik-baiknya. Manis yang amat, rasa macam makan gula melaka. Oh, bagi aku, rupa saja comel dengan warna pastel yang sungguh memikat. Nasib ada sambal puff RM6 yang okay la untuk kenyang sekejap. Moral, bangun pagi-pagi buat makanan sendiri! 

   Lepas makan, aku pergi semula booth pts. Sambil-sambil tengok buku-buku, aku cari yayang. Event belum habis. Tak lama tu, yayang bagi tau nak jumpa member. Okay la, bagi chance :p So aku ronda sorang-sorang naik tingkat atas. Ingat nak usyar-usyar majalah/buku id. Belum sempat jumpa buku, aku tersekat kat satu booth ni. Oh, sebenarnya dah 2 kali PBAKL aku berkira-kira untuk beli software ni. Bersungguhkah aku???

   Dipendekkan cerita, aku dah beli software tu. Dengan harapan menggunung, target aku dan mereka akan tercapai dalam tempoh 3 bulan. hahahah! Semangat weh!!! InsyaAllah. Dah lepas maghrib, kita orang pun terus keluar dari pwtc sebab belum makan nasi dari siang hari. Rasa hati memang nak tengok-tengok booth yang ada. Okay, tak sempat. Nanti gastrik :p

   Lepas makan kat rasta, kita orang terus pergi one utama. Tengok wayang la. Apa lagi aktiviti kita orang kalau bukan duduk rumah je time weekend ni. Yayang sangat puas hati dengan movie ni source code. Katanya, bila tengok trailer dah feel kehebatan cerita. Tapi lepas tengok movie, bukan saja hebat tapi WOW!   heh. ye la. ye la. :) balik rumah, solat terus tidur tau! esok kena jaga booth kat pwtc.


ps: sabtu yang bahagia :)

   

No comments: