Thursday, August 18

hari ini

tak tau la apa yang aku fikir sekarang ni. asek google sana google sini. carik info yang xde kaitan dengan kerja. tapi mungkin ada kaitan dgn apa yg aku tengah fikir & harapkan. dulu, mak pesan...jangan bercinta sampai ke langit. nanti kalau jatuh, sakit sangat. kira cukup la bila bercinta tu, paling tinggi pun 2-3 anak tangga je. tergolek pun xde la sakit sangat.

erm, apa kaitan tah ngan benda yg aku pk skarang ni. walaupun aku tau sebenarnya. bila cerita pasal menunggu masa/ dateline / atau apa saja la yg memerlukan kita menunggu utk mendapat jawapan, mesti macam macam perasaan timbul.


sumber : google

memang pun aku tengah tunggu 'dateline' tu. sebab tu aku rasa tak tenang. dan aku pun tak nak mimpi sampai ke langit tingginya. takut takleh bangun kalau jatuh nanti.

walau apapun yang kita usahakan, walau macam mana sempurna pun kita aturkan, segalanya akan berbalik pada ketentuanNya. aku akan ingatkan diri aku, berserahlah pada Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

insyaAllah =)




Wednesday, August 17

WW | Nuzul Al-Quran






ps: moga tercapai hajat utk khatam AL-QURAN ramadhan ini. insyaAllah

Monday, August 15

Siri Baru

Dialog I
   " nanti, kat sana semua org kena lalu atas jambatan ni. bwh jambatan ada api besaarrr! pastu, jambatan ni besarnya sama mcm sehelai rambut kita ni tapi dibelah tujuh. tajamnya jambatan ni sama mcm mata pedang " bersungguh nenek citer kat aku yg masa tu hanya 3-4 tahun je.

Dialog II
   "guringan hallagikk", phrase banjar yg paling aku ingat sbb setiap mlm mesti nenek ckp ni. lagi satu, "sudah berkamehkah?!", hahaha! tercengang cengang org yg xtau banjar ni.

Dialog III
   "tiap tiap malam, sebelum tdo..sedekahkan nenek laki dgn zikir. hari hari ada lain lain zikirnya", pesan nenek mungkin lepas beberapa tempoh selepas permergian suaminya yg aku panggil 'nenek laki'.

waktu waktu umur mcm tu, bukan semua memori kita boleh ingat. tapi, mesti ada sikit sikit yang kita boleh recall tapi still bila kita try imagine situasi tu, kita akan nampak skrin yg blur blur, pandangan yg mcm tak pakai spek bg org yg rabun. kalau dlm drama/movie, ada keluar yg sound effect dia bunyik 'zaaapp zaaapp' tu. 

haha. itu aku la yg rasa mcm tu, org lain aku xtau. tp kalau budak zaman sekarang, mungkin diorg xperlu perah otak nak ingat semula kenangan masa kecik. sbb diorg dh byk bahan bantu mengajar ingatan. antara yg penting, gambar gambar & rakaman video. ye lah, zaman canggih kan...kalau tak sedar dek untung tu, tak tau la.

dulu masa sekolah, ada je program motivasi. sesetengah program tu, kan ada yg motivator tu soh kita duduk diam diam, senyap senyap, pejam mata, pastu start imagine dgn apa yg dia ceritakan. peh! kalau lepas tu ada yg xnanges, memang hati kering hati batu manusia tu.

dulu, lepas gi kursus motivasi, balik semula kelas...belajar mcm tu jugak. dlm program, team work bukan main xcited nak menang. kutip daun, kayu, ranting, batu, semualah! tp dlm kelas yeye-o jgk. ye la, mana nak sama aktiviti outdoor & indoor kan?! mungkin masa motivasi tu nak built semangat, spirit dlm diri la kot. huhu. aku? hampeh.

tapi kan, bila dah besar dah kawen ni...slow slow motivasi dalaman terutamanya akan datang. tp kalau dh keje tonggak tunjuk langit je dr dulu mungkin susah jgk la kot. yg dh bongkok pun masih berusaha nak hip hip hoorey. nauzubillah.

berbalik pada Dialog I,
bila ternampak ada org share note berkaitan 'Rupa Kiamat' ...terus cerita cerita nenek dulu, aku dpt recall semula, wpun xde la detail. tapi termasuk la yg ramai ramai kat padang mahsyar tu. nauzubillah, kategori mana la aku kat sana nanti.

..."Semua manusia & jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang & hina. mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak."...

notes tu memang kena selalu baca, utk kita SENTIASA ingat tentang dunia kekal kita nanti. memang perlu program motivasi tu, tapi pucuk pangkalnya bergantung pada diri sendiri. mcm org kata, "diri kita adalah apa yg kita fikirkan"

sapa sapa yg dh baca notes tu, hayati & bayangkan keadaan masa tu...wpun skrin samar samar, tapi still boleh kita gambarkan dgn pengalaman yg ada di dunia sementara ni. pastu, istighfar sebanyak mungkin. ambil wudhu'. istighfar lagi. dan lagi.

berdiri dan mulakan niat solat sunat (tak kira la nak wat solat sunat apa). kalau ada hajat besar, buat solat hajat. setelah kita mulakan bacaan, kita bayangkan yg kita tengah berdiri di tengah tengah org yg sangat ramai. berhimpit himpit. bayangkan kedudukan kita dari udara. makin lama makin atas. makin atas. 

dalam masa yg sama, jgn abaikan bacaan. baca dgn penuh hati hati & betul tajwidnya. hayati bacaan sendiri sambil bayangkan kedudukan kita tadi. Ya Allah, ramainya umat manusia! sampai diri aku sendiri aku tak nampak jika di pandang dari atas.

Ya Allah, aku di sini. Dengarlah rayuanku. 

Bayangkan macam mana kita nak mintak sesuatu hajat sedangkan berjuta lautan manusia yang sama beratur utk memohon hajat masing masing. nanges wooo T_T. tapi takpe, jangan putus asa. InsyaAllah bila kita tau situasi tu, kita akan lebih fokus & khusyuk masa solat. selagi kita bernafas, selagi belum ditiup sangkakala, berdiri, dan sujudlah kita utk mohon padaNya. walau lautan manusia ramainya utk sampai ke Jannatulfirdaus.

Tapi bila dah tiba masanya, mengalir airmata darah sekalipun xde org nak tolong. Mak, abah, suami, semua org pun lari bawak diri je sebab xtau nasib diri masa tu. Nauzubillah :(

*******
Inilah harapanku bila umurku sudah menginjak angka tiga di depan. Subhanallah. Masihkah aku 'di sini' lagi 30 tahun akan datang? 

Moga selepas hari ini, aku akan terus berubah kepada yg lebih baik. Baik dari segi kekeluargaan, kerjaya, dan yang utama baik dalam mengerjakan ibadat kepadaNya sebagai bekalan utk dunia kekal di sana. InsyaAllah

*******

Jamuan-Dunia-Sementara-Sempena-Hari-Lahirku

hadiah pilih sendiri sbb wallet lama dah 5 thn pakai & dah koyak :)
ni pun ada 30% less. yeehuu!

celebrate cum buka puasa. ni pun amik pakej ramadhan.
2nd time mkn ni. itu pun xhabis :p



habis