Showing posts with label daily journal. Show all posts
Showing posts with label daily journal. Show all posts

Thursday, August 18

hari ini

tak tau la apa yang aku fikir sekarang ni. asek google sana google sini. carik info yang xde kaitan dengan kerja. tapi mungkin ada kaitan dgn apa yg aku tengah fikir & harapkan. dulu, mak pesan...jangan bercinta sampai ke langit. nanti kalau jatuh, sakit sangat. kira cukup la bila bercinta tu, paling tinggi pun 2-3 anak tangga je. tergolek pun xde la sakit sangat.

erm, apa kaitan tah ngan benda yg aku pk skarang ni. walaupun aku tau sebenarnya. bila cerita pasal menunggu masa/ dateline / atau apa saja la yg memerlukan kita menunggu utk mendapat jawapan, mesti macam macam perasaan timbul.


sumber : google

memang pun aku tengah tunggu 'dateline' tu. sebab tu aku rasa tak tenang. dan aku pun tak nak mimpi sampai ke langit tingginya. takut takleh bangun kalau jatuh nanti.

walau apapun yang kita usahakan, walau macam mana sempurna pun kita aturkan, segalanya akan berbalik pada ketentuanNya. aku akan ingatkan diri aku, berserahlah pada Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

insyaAllah =)




Sunday, April 24

berhujung minggu

Semalam sempat jengah PBAKL 2011 kat pwtc. Komik-M ada event 1 jam bersama artis. Yayang kenalah tunjuk muka & give them a hand kan. Sementara tu, aku pergi cari makanan. Tak jumpa nasi, cuma dapat layan sambal puff, pandan/orange macaron & nescafe. Oh, kelemahan aku nak ingat nama kedai/restoran yang aku masuk. Pastinya (85%), ada 1 je restoran berbintang dalam pwtc tu kan?

   Tak kisah la. Yang penting, aku kena isi perut sebelum angin naik sampai kepala. Pasrah saje la dengan harga makanan/minuman restoran 3-5 bintang. At last, aku dapat jugak merasa macaron yang lately aku rasa dah melanda 'trend' sekarang lepas tsunami cup cake. 

Sumber: Google

   Erghhh! excited nak rasa macaron kegilaan masa kini. Sanggup bayar RM5 untuk 3 biji. Sudahnya, aku telan sebiji je pandan macaron. Itu pun aku telan sebaik-baiknya. Manis yang amat, rasa macam makan gula melaka. Oh, bagi aku, rupa saja comel dengan warna pastel yang sungguh memikat. Nasib ada sambal puff RM6 yang okay la untuk kenyang sekejap. Moral, bangun pagi-pagi buat makanan sendiri! 

   Lepas makan, aku pergi semula booth pts. Sambil-sambil tengok buku-buku, aku cari yayang. Event belum habis. Tak lama tu, yayang bagi tau nak jumpa member. Okay la, bagi chance :p So aku ronda sorang-sorang naik tingkat atas. Ingat nak usyar-usyar majalah/buku id. Belum sempat jumpa buku, aku tersekat kat satu booth ni. Oh, sebenarnya dah 2 kali PBAKL aku berkira-kira untuk beli software ni. Bersungguhkah aku???

   Dipendekkan cerita, aku dah beli software tu. Dengan harapan menggunung, target aku dan mereka akan tercapai dalam tempoh 3 bulan. hahahah! Semangat weh!!! InsyaAllah. Dah lepas maghrib, kita orang pun terus keluar dari pwtc sebab belum makan nasi dari siang hari. Rasa hati memang nak tengok-tengok booth yang ada. Okay, tak sempat. Nanti gastrik :p

   Lepas makan kat rasta, kita orang terus pergi one utama. Tengok wayang la. Apa lagi aktiviti kita orang kalau bukan duduk rumah je time weekend ni. Yayang sangat puas hati dengan movie ni source code. Katanya, bila tengok trailer dah feel kehebatan cerita. Tapi lepas tengok movie, bukan saja hebat tapi WOW!   heh. ye la. ye la. :) balik rumah, solat terus tidur tau! esok kena jaga booth kat pwtc.


ps: sabtu yang bahagia :)