Showing posts with label rahsia. Show all posts
Showing posts with label rahsia. Show all posts

Thursday, December 1

Penantian Satu Ujian



kawan baik 2011 =P


yaaa..ini la dia teman perjuanganku sepanjang 2011 ni. kalendar tu mmg la nombor, aku tambah lagi dgn nombor nombor lain. takde benda lain yang aku tanda selain kitaran haid, count down my hubs' last prescription, and count down 3 mths for his body clear from drugs & itu lah permulaan kami utk berusaha mendapatkan tanda tanda kehamilan selain suami terpaksa menanggung sedikit rasa sakit tanpa ubat...

start februari 2011, genap setahun lakiku mengambil ubat kawalan pakar seperti yg aku pernah cerita dulu. hati ni sebenarnya dah rasa sekejap ok sekejap tak ok, bila tengok kawan kawan dapat org baru lepas jadi pengantin baru :/

selalu pujuk hati, jgn tengok org macam tu, tengok kawan kawan yg dh 5-6 thn kawen, tp belum lagi Allah bagi rezeki tu...ok, tenang.

tapi bila balik kelantan, abg ipar & akak ipar (yg 1st diagnos sakit lakiku) tu cakap, 

      "kalau kat uk, patient athritis ni desak je doc suruh stop ubat, wpun diorg bukan plan utk anak 1st...dah berderet pun", selamba je gaya bakal doktor pakar (insyaAllah)

start dari situ, hubby pun lebih confident utk bersuara dgn Dr. Shahdan pasal hasrat murni kami ni. ekekek ;p

bermula la doktor turunkan dos ubat dpd 6 biji kpd 4 biji seterusnya 2 biji dlm masa lebih kurang 2-3 bulan juga  (tak sure)...step yg ni pun doktor selalu dalih dalih & kadang kadang tu macam buat buat lupa plak this appoinment dia janji nak turunkan dos..sampai laki aku turunkan sendiri tanpa arahan doktor. kehkehkeh!

kalau refer gambar planner comot kat atas tu, bulatan merah #1 adalah hari last hubby amik MTX (Methotrexate)...kalau ikut Dr.Shahdan, dia bagi terus je plan to get pregnant. But, a yr ago he said to wait until 2 mths to make the drug clear from body. Tak puas hati, tanya pakar ubat aka our in-house pharmacist, she ask to wait until 3 months! sama gak jawapan bila ty doktor pakar to be yg master rheumatology aka BIL.

hai...tak nyabo dr shahdan ni nak dpt cucu ye. kekekek ;p

sebenarnya, dr shahdan senyap & tak cadang utk stop ubat my hubs sbb graf sakit lakiku belum berapa stabil...betul la tindakan dia, tp hak pesakit pun doktor kena la faham juga...pengantin baru tu kena mkn ubat tu...isk isk isk :(

ok la, sabar punya sabar, tanda punya tanda kat planner, doa sungguh sungguh, dapat plak rezki pergi umrah tengah tengah count down tu (alhamdulillah)...menangis tengahari buta matahari terpacak atas kepala betul betul 5 kaki jarak dari dinding kaabah. SUBHANALLAH!

akhirnya sampai sudah 3 bulan penantian...(bulatan merah #2)

2 hari lepas cukup 3 bulan ubat clear (dengan izin Allah), aku plak period...penantian lagi...


ps: menanti utk sambung cerita lagi...

Friday, April 22

Sabar lah Wahai Hati

Pejam celik dah lebih kurang setahun lebih aku kahwin. Kalau ikutkan, tak la lama sangat pun. Tapi macam-macam pengalaman lepas kahwin ni yang tak semua orang hadapi dengan 'cara' yang sama.

   Baru-baru lepas nikah, masih nak belajar hidup bersama, sebumbung, sepinggan, sebantal. Banyak juga dengar daripada 'senior' & orang sekeliling, masa 3-4 bulan pertama memang cabaran untuk dapatkan keserasian hidup bersama, berkongsi segala. Aku pun tak lepas daripada situasi-situasi macam tu. Sampaikan cara letak berus gigi dalam bilik air pun jadi isu :p

   Tapi, cabaran kami rasanya bertambah bila 'ujian' lain yang jarang-jarang orang biasa hadapi. Ingat lagi masa tu bulan ke-2 lepas nikah. Lepas balik honeymoon dengan keluarga aku di Pulau Tioman, kami sambung bercuti di Pasir Mas. Nak dijadikan cerita, lepas aku tunjuk skill masak lontong di rumah mertua petang tu, aku pun naik bilik untuk solat & rehat sampai tertidur. Penat sangat sebab dari pagi merayap pergi window shopping di Rantau Panjang. Masa tu la yayang borak-borak dengan ma, kakak, & abang ipar.

   Nasib baik aku tertidur tak lama ( ingat ni rumah kau kat BP ke nak melantak tidur berjam-jam! ). Cepat-cepat aku turun ke dapur. Dia orang masih berbual-bual tapi suasana agak hambar. Aku duduk sebelah yayang.

      " Ada berita kurang baik...", ma pandang aku tenang.

      " Oh, ada apa???," soal aku sambil pandang muka yayang mengharapkan penjelasan.

      " Saya ada sakit, yang.", jawab yayang perlahan.

   Berderau darah aku dengar jawapan daripada yayang. Kenapa tiba-tiba tau ada penyakit? Aku tengok yayangku sihat duduk sebelah aku. Oh, lupa. Depan aku ada 2 orang doktor rupanya. Kakak ipar aku tu doktor & suami dia pula doktor yang baru habis sambung master rheumatology.

   Semua kebetulan ni jadi masa dia orang borak-borak daripada satu tajuk ke satu tajuk. Termasuklah bab-bab kesihatan seharian terutama daripada ma sendiri. Ada la satu tajuk tu, ma mengadu pasal jari-jari dia (aku tak ingat dah). Tapi doctor in house cakap tu sakit biasa bila dah menjangkau usia. Duk asyik belek-belek jari, terbelek sekali jari yayangku. memang sebelum tu yayang ada ngadu jari dia bengkak. Susah nak buat kerja melukis. Sekali abang ipar tengok, dia tanya pasal kuku yang rosak. (Aku pun tak perasan pasal kuku tu).

   Abang ipar dah mula suspicious, dan terus tanya tanda-tanda lain yang mungkin ada. Salah satu simptom yang jelas ialah morning stiffness. Bila bangun pagi, ada rasa sakit belakang. Memang pernah satu pagi tu, tengah bersiap nak pergi kerja. Tiba-tiba yayangku minta tolong aku bukakan baju dia sebab tak boleh buka sendiri. Tangan/bahu/belakang dia sakit sampai tak boleh gerak. Tapi waktu pagi saja. Sejak tu memang pagi-pagi mesti ada rasa sakit & tak selesa. Sejak tu juga la yayang selalu mengadu kalau lama sangat melukis, jari dia akan sakit dan rasa bisa.

   Selesai abang ipar yang juga doktor (rheumatologist) buat basic diagnosis, dia pun dapat hipotesis yayangku ada penyakit berkaitan sendi atau nama sainsnya, Psoriasic Athritis. Berbekalkan surat doctor in house ni, kita orang dinasihatkan segera rujuk pada doktor pakar. Lepas dah tau berita kurang baik ni, disusuli pulak macam mana nak pulihkan penyakit ni. Aku difahamkan, penyakit ni memang tak boleh pulih dan ia termasuk dalam 36 penyakit kritikal (senarai biasa yang ada dalam insurans/takaful). Masa ni lah baru sedar pentingnya setiap orang wajib perlu ambil insurans/takaful, tau!

   Penyakit ni memang takkan sembuh (kecuali dengan izin Allah), walaupun ada ubat & rawatan tertentu. Ubat hanya untuk melambatkan aktiviti sel penyebab sakit ni. Berderau juga dengar...belum lagi tengok kesan pada anggota badan (terutama jari) bagi pesakit yang dah serius atau pesakit yang tak dapatkan rawatan berkala.

   Selain tu, ada satu lagi kejutan yang kalau boleh memang tak nak dengar pun. Ubat yang 'bakal' yayangku makan nanti ada risikonya. Ringkas cerita, ubat ni tak elok untuk tumbesaran janin/bayi dalam kandungan. Sebagai 'pengantin baru' (lagi pulak yang dah lanjut usia macam aku ni), tiada perkara yang lebih dinantikan selain perkhabaran berita untuk menimang cahaya mata yang sihat & comel. Disebabkan keutamaan kami buat masa ini adalah kesihatan yayangku, kami redha untuk menunggu sedikit masa yang lebih baik untuk perkhabaran gembira itu. Allah SWT lebih dulu, lebih tahu dalam mengatur hidup kami dan ia kami anggap sebagai ujian bagi hambaNya yang terpilih. Sesungguhnya, terlalu banyak rahmat di sebalik ujian yang sedang kami hadapi. 

   InsyaAllah, kami masih sabar dan memohon doa daripada Allah supaya kami terus sabar dengan ujianNya. Selama kami mendirikan rumahtangga, aku sedar memang banyak hikmahnya kenapa kami belum berpeluang mempunyai zuriat. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia telah memberi peluang untuk kami menyusun hidup    sebagai suami isteri yang lebih tenang dan bahagia.

   Tatkala hati tersentuh dengan rakan taulan yang sibuk dengan telatah permata hati masing-masing, cepat-cepat aku larikan perasaan kepada rakan yang jauh lebih lama menunggu kehadiran si kecil, darah daging sendiri. Aku bukan sendirian. Malah, ada yang lebih lama diuji Allah. 

   "Sabar ye yang, ada orang lagi lama tunggu. Lagi pulak, bukan ada sebab macam kita." pujuk yayang bila aku mula buat muka sedih.

   "Saja je la...tau memang kita belum mampu, sebab tu Allah bagi 'sebab' supaya kita lambat sikit dapat anak, kan? " jawab aku ikhlas juga untuk tenangkan hati sendiri :)

Ya Allah, moga kami terus bahagia di bawah lindunganMu. 
Ya Allah, moga kami diberi peluang untuk merasai nikmat menjadi abah & mama
Ya Allah, moga kami terus bersyukur padaMU dengan apa yang kami ada
Ya Allah, moga kami tidak lupakanMu semasa kami susah, mahupun semasa kami senang
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan, iman yang teguh untuk terus melaksanakan amanahMu


ps: jangan sedih-sedih, aku ok jeh :D