Friday, July 22

Sesal

  "Kenapa lambatnya Allah nak bagi kita anak?" soal si isteri kepada suaminya dengan nada sedih dan sebak. 

Si suami hanya memandang sayu wajah isteri tersayang. Hatinya bagai disiat-siat. Bukan menyalahkan takdir. Pantas memeluk isteri tanpa sebarang kata. Lama.

  "Saya dah lambat ni. Sayang jaga diri eh?" pesan si suami kepada isteri. 

Perasaannya tidak tertahan-tahan lagi. Jauh hati melihat orang di sekelilingnya mendapat berita gembira. Bagaikan musim durian pula. Ada saja terdengar orang itu mengandung, orang ini mengandung. Ada yang baru dua bulan bernikah. Ada juga yang tujuh hingga sembilan bulan bernikah. Malah, ada juga yang sudah dua tahun bernikah.

  "Astaghfirullahal'aziim, Astaghfirullahal'aziim, Astaghfirullahal'aziim" si isteri beristighfar.

Lantas mengambil wudu' dan terus beristighfar. Kesal dengan ungkapannya tadi. Mengadu pada suami, bukan saja melukakan hatinya malah telah LUPA pada nikmatNYA. Dicapai pula sebuah buku.


"BAGAIMANA ANDA AKAN BERSYUKUR TERHADAP YANG BANYAK JIKA YANG SEDIKIT ANDA PERSIAKAN"  Oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

......tiap-tiap hari kita sering melihat manusia jenis ini. Hatinya hampa, fikirannya kotor, perasaannya kosong, tuduhannya kepada Tuhannya selalu tidak senonoh; yang tidak memberi anugerah besarlah, tidak pernah memberi rezekilah, dll. Dia mengucapkan itu ketika badannya sangat sihat dan sempurna. Dalam kemudahan seperti itu pun, dia sudah tidak bersyukur. Lantas, bagaimana jika harta yang banyak? rumah yang cantik? Sudah tentulah dia akan lebih celupar dan akan lebih derhaka kepada Tuhannya......

......kita tidak pernah bosan mengemukakan keinginan-keinginan kita, tetapi perintah-perintah Allah kita enggan laksanakan.......

***

Mengalir airmata si isteri penuh rasa kekesalan. Dipalingkan pandangan ke kanan dan ke kirinya. Dilihat betapa ramainya orang yang sedang mendapat cubaan dan betapa ramainya yang sedang ditimpa bencana. Begitu banyaknya penderitaan berlaku, dan betapa ramainya di kalangan mereka yang sabar menghadapinya.

Berapa ramai mangsa tsunami yang kehilangan keluarga, harta dan tempat tinggal. Berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anaknya, samada yang masih bayi mahupun yang telah meningkat remaja tetapi masih dengan penuh harapan.

Si isteri bangkit kembali. Dipujuk hati, menginsafi diri. Sesungguhnya hidup di dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Tempat mendapat kesusahan dan ujian. Kerana di sana, dijanjikan Syurga bagi sesiapa yang beriman.

Dia kembali membandingkan penderitaannya dengan penderitaan-penderitaan orang disekelilingnya dan orang-orang sebelumnya. 

Tersenyum, sedar.

Penderitaanya hanyalah seperti duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Segera dia panjatkan syukur tidak terhingga pada yang Esa di atas nikmat-nikmat yang telah dan sedang dirasainya.

Alhamdulillah.



ps: abah aku penah cakap, bila kita bawa keta besar, jangan lupa org yang bawa motor. bila kita bawa motor, jgn lupa orang yang naik basikal. bila kita naik basikal, jangan lupa org yang jalan kaki. bila kita jalan kaki, jangan lupa org yg takde kaki....

bersyukur kita masih ada air bersih utk diminum...











2 comments:

Aziz Nasution said...

entry kali ni deep!

HafizahSaib said...

kan...sekali sekala :P
kdg2 'cakap/tulis' pandai..
tp tang nk kontrol emosi sendiri,
kantoi. huhu