Monday, July 25

Monday Motivation: Manjakan Diri

Tajuk takleh tahan. Walaupun kulit aku sangat sensitif, memang sepatutnya dimanja-manjakan. Tapi jangan harap la dengan aku yang konon nak paling 'simple' dalam penjagaan/penampilan diri. Masa duk jb memang selalu pergi facial. Hampir 2 minggu sekali pergi Clara International. Meletup mak! Tapi tu sebelum kawen. Duit lebur untuk diri sendiri je. Tempat tinggal, makan semua free :) 

Ok la kan kalau gi facial orang yang tolong sentalkan. Bila dah duk kl, maka dah jauh dengan amoi amoi Clara kat BP. Balik BP pun sebulan sekali. Tak done aku nak gi kalau dah 1-2 hari tu lebih afdhal duk dalam rumah saje. *ada lagi weh pakej kat Clara tu aku lum guna....

Sekarang ni aku dah tak jaga langsung kulit muka. Malah jari aku lebih gembira merayap rayap bagi tinggal kesan hina pada kulit muka. Bagus!

Setelah menyesal dengan perbuatan sendiri, aku kembali sedar yang aku perlu sayangkan diri aku sendiri. Mueheheh!! 

Hari Isninku kembali bersemangat di waktu petang yang sedang melayan mata kuyu dek kerana mengantuk teramat tapi tak dapat telan kopi sebab aku puasa. Kenapa?

Sebab aku akan beli produk penyanyi pujaan ramai termasuk aku  sejurus pulang dari kerja nanti!!! YEAY!


Sumber: Facebook SimplySiti


Depa kata, produk ni sesuai utk kulit sensitif & berjerawat. Aku penah guna Acne Solution Simply 5 Cream. Kira krim all in one la ni. Kata nak paling 'simple' kan! 

Dasar pemalas punya :) 

So far, aku pakai ok la. Selagi aku jaga kelembapan kulit, bila aku sapu krim ni kesan hina pun kurang la nampak...tapi disebabkan jari aku jahat. Selalu sangat nak hinggap kat muka atas niat of kos jahat la kan, jadi kulit aku jadi bertambah kering dan mengelupas.

Tiba-tiba, SimplySiti keluarkan rangkaian produk Clear Solution ni which is aku rasa aku akan serasi dengan mereka :) Jadi, akan aku kejar Watson berdekatan untuk rembat semua sekali dengan harga RM143.40. 

Lepas tiga minggu aku guna, aku akan reveal kulit muka aku kat sini. Nak tunjuk sejauh mana kejayaan aku yg 'simple' ni dgn produk SimplySiti ke atas muka aku. Apa? Tak sabar nak tengok? Jangan harap! :P

Ada lagi 30 minit utk aku sabar sebelum duit aku melayang di Watson =)


ps: bukan selalu motivasi diri dengan merabakkan wallet okay!


No comments: