Wednesday, December 14

Trimester 1

Alhamdulillah

Hari ni genap 12 minggu usia kandungan. Tiba-tiba rasa sekejap je merasa pengalaman utk 1st trimester ni. Memang setiap hari setiap saat amat-amat berharga. Lebih-lebih lagi kalau selalu tengok visual perkembangan janin. Subhanallah.

Syukur, aku takde alahan teruk. Cuma sepanjang 3 bulan tu, selera makan tiba-tiba membuak-buak. Tapi bukanlah semua benda boleh makan pun. Berselera sebab lapar melampau. Masih cerewet pilih makanan yg ikut kehendak tekak & wajib ikut keperluan perut yg sensitif yg mesti nak nasi jugak at least 1 kali sehari.

Betul kata mak, daripada tanda-tanda mengandung, sampai la kaedah lapar & mengatasi lapar. Lebih kurang sama je macam orang yg ada gastrik -macam kami.

Nak share kat sini makanan yg selalu ada dengan aku pada trimester 1 ni;





sebab dia ada sikit rasa masam & lebih penting ada
tulis kat situ 'rich in vitamin c' =)





biasa jadi kudapan lps dinner sambil layan tv. cicah garam sikit. 
selalu jgk potong kecik2 letak dlm bekas, 
letak ais buat bekal gi ofis atau di mana saje.



kurma nabi. setakat ni belum beli baru. kurma fresh direct from madinah.
beli masa buat umrah hari tu. tp dah nak habis =(
suka sangat kurma nabi ni (lain drp gambar ni, aku suka yg kecik2).
apapun, kurma nabi sedap sebab kurang manis & kering =)






yang ni 'harus' la kan =P
start planning nak pregnant aku dah amik asid folic 5mg dgn supplement &
vitamin lain. sempat makan 3 bulan sebelum disahkan mengandung.
alhamdulillah =) lepas dh confirm, akak ipar aka pharmacist bagi iberet folic ni.
masa ni nak makan iberet ni kena isi perut dulu, kalau tak sakit peyut. pastu doktor
ckp dh tak payah amik vitamin lain atau supplement lain sbb dlm iberet ni dh byk dh =)





mula-mula try perisa coklat. maklum la aku ni peminat tegar coklat.
pas habis try kotak kecik, try perasa original pulak.
awal2 aku selang seli beli, lama-lama aku jadi muak dgn perisa coklat.
so aku stick dgn susu putih saje =)




oh, segarnya bila dpt minum minute maid pulpy citrus ni.
perisa terbaru sedang2 je keluar time aku memerlukan input2 masam
macam ni. dulu2 suka sgt dgn twister. tp dh beralih ke minute maid pulpy orange,
sampai la bila aku pregnant, keluar plak perisa citrus (orange+lemon). 
lebih masam, lebih mengancam =)



Sepanjang tempoh ni, memang asek fikir makanan je. Lunch hour mesti beli nasi+lauk, pastu beli makanan kudapan utk next hours kat ofis. Biasa aku makan nasi separuh waktu lunch tu, pastu sambung semula dlm pukul 3pm. Pukul 5pm lebih makan pulak kuih ke, pisang goreng atau roti. Kadang2 dah siap tapau bihun sup atau soto jugak =D

Nanti sampai rumah pukul 7pm dah lapar balik. Adui la hai....Sampai rumah pukul 7 dah tak boleh buat apa dah. Sebab perut lapar sangat sangat. Biasa alas perut dulu dengan roti/kurma sampai la en yayang balik bungkuskan bihun goreng (hari-hari pun bihun goreng)..huhu

Kesian en yayang dah lama tak makan masakan aku. Ada 1 hari tu dia demam. Tak sampai hati tengok. Gagahkan jgk masakkan sardin utk en yayang. hehe...sardin aje pun! tp boleh jadi 'ubat' demam tu. Bukan en yayang je yg kekenyangan. Dengan aku sekali makan dgn berseleranya. Terus sihat =) alhamdulillah..

Kebetulan dah genap 3 bulan baby mama & abah ni. Tiba-tiba en. yayang tanya pasal nama baby. huhu...dulu zaman sekolah ada jugak simpan 1, 2 nama. Tapi 1 dah bagi anak buah. 1 lagi tiba-tiba ramai pulak member dah guna utk anak diorg. maklum la kan, aku ni dh jauh ketinggalan. huhu

Ntah macam mana, tiba-tiba kitorg dapat 2 nama lelaki & perempuan dlm masa 2 hari ni. hehe...Tapi still belum decide lagi la kan...panjaaaannggg lagi perjalanan baby mama & abah ni. bertabah ye anakku. Mama pun kena bertabah juga =)

Mama & abah doakan anak mama & abah sihat, sempurna, jadi anak yg soleh, cerdik pandai, berilmu serta beramal soleh. Elok perangai, beriman pada Allah & RasulNya, fasih & merdu bila baca Quran macam mama,  dengan berkat Nabi Muhammad SAW. 

Aminnn...















No comments: