Wednesday, December 14

Trimester 1

Alhamdulillah

Hari ni genap 12 minggu usia kandungan. Tiba-tiba rasa sekejap je merasa pengalaman utk 1st trimester ni. Memang setiap hari setiap saat amat-amat berharga. Lebih-lebih lagi kalau selalu tengok visual perkembangan janin. Subhanallah.

Syukur, aku takde alahan teruk. Cuma sepanjang 3 bulan tu, selera makan tiba-tiba membuak-buak. Tapi bukanlah semua benda boleh makan pun. Berselera sebab lapar melampau. Masih cerewet pilih makanan yg ikut kehendak tekak & wajib ikut keperluan perut yg sensitif yg mesti nak nasi jugak at least 1 kali sehari.

Betul kata mak, daripada tanda-tanda mengandung, sampai la kaedah lapar & mengatasi lapar. Lebih kurang sama je macam orang yg ada gastrik -macam kami.

Nak share kat sini makanan yg selalu ada dengan aku pada trimester 1 ni;





sebab dia ada sikit rasa masam & lebih penting ada
tulis kat situ 'rich in vitamin c' =)





biasa jadi kudapan lps dinner sambil layan tv. cicah garam sikit. 
selalu jgk potong kecik2 letak dlm bekas, 
letak ais buat bekal gi ofis atau di mana saje.



kurma nabi. setakat ni belum beli baru. kurma fresh direct from madinah.
beli masa buat umrah hari tu. tp dah nak habis =(
suka sangat kurma nabi ni (lain drp gambar ni, aku suka yg kecik2).
apapun, kurma nabi sedap sebab kurang manis & kering =)






yang ni 'harus' la kan =P
start planning nak pregnant aku dah amik asid folic 5mg dgn supplement &
vitamin lain. sempat makan 3 bulan sebelum disahkan mengandung.
alhamdulillah =) lepas dh confirm, akak ipar aka pharmacist bagi iberet folic ni.
masa ni nak makan iberet ni kena isi perut dulu, kalau tak sakit peyut. pastu doktor
ckp dh tak payah amik vitamin lain atau supplement lain sbb dlm iberet ni dh byk dh =)





mula-mula try perisa coklat. maklum la aku ni peminat tegar coklat.
pas habis try kotak kecik, try perasa original pulak.
awal2 aku selang seli beli, lama-lama aku jadi muak dgn perisa coklat.
so aku stick dgn susu putih saje =)




oh, segarnya bila dpt minum minute maid pulpy citrus ni.
perisa terbaru sedang2 je keluar time aku memerlukan input2 masam
macam ni. dulu2 suka sgt dgn twister. tp dh beralih ke minute maid pulpy orange,
sampai la bila aku pregnant, keluar plak perisa citrus (orange+lemon). 
lebih masam, lebih mengancam =)



Sepanjang tempoh ni, memang asek fikir makanan je. Lunch hour mesti beli nasi+lauk, pastu beli makanan kudapan utk next hours kat ofis. Biasa aku makan nasi separuh waktu lunch tu, pastu sambung semula dlm pukul 3pm. Pukul 5pm lebih makan pulak kuih ke, pisang goreng atau roti. Kadang2 dah siap tapau bihun sup atau soto jugak =D

Nanti sampai rumah pukul 7pm dah lapar balik. Adui la hai....Sampai rumah pukul 7 dah tak boleh buat apa dah. Sebab perut lapar sangat sangat. Biasa alas perut dulu dengan roti/kurma sampai la en yayang balik bungkuskan bihun goreng (hari-hari pun bihun goreng)..huhu

Kesian en yayang dah lama tak makan masakan aku. Ada 1 hari tu dia demam. Tak sampai hati tengok. Gagahkan jgk masakkan sardin utk en yayang. hehe...sardin aje pun! tp boleh jadi 'ubat' demam tu. Bukan en yayang je yg kekenyangan. Dengan aku sekali makan dgn berseleranya. Terus sihat =) alhamdulillah..

Kebetulan dah genap 3 bulan baby mama & abah ni. Tiba-tiba en. yayang tanya pasal nama baby. huhu...dulu zaman sekolah ada jugak simpan 1, 2 nama. Tapi 1 dah bagi anak buah. 1 lagi tiba-tiba ramai pulak member dah guna utk anak diorg. maklum la kan, aku ni dh jauh ketinggalan. huhu

Ntah macam mana, tiba-tiba kitorg dapat 2 nama lelaki & perempuan dlm masa 2 hari ni. hehe...Tapi still belum decide lagi la kan...panjaaaannggg lagi perjalanan baby mama & abah ni. bertabah ye anakku. Mama pun kena bertabah juga =)

Mama & abah doakan anak mama & abah sihat, sempurna, jadi anak yg soleh, cerdik pandai, berilmu serta beramal soleh. Elok perangai, beriman pada Allah & RasulNya, fasih & merdu bila baca Quran macam mama,  dengan berkat Nabi Muhammad SAW. 

Aminnn...















Wednesday, December 7

WW | Dedicated From MyLuv







ps: mula-mula dengar la sekali lalu tp xleh fokus...tp perasan sikit2 lirik lagu ni mcm sedih je...semalam cari lirik lagu ni pastu baca depan-depan husband. baru baca rangkap 1st dah perit hidung, panas mata...baca seterusnya. menangis melalak teresak-esak berjurai-jurai airmata T_T 




:: i love you yayang ::

Monday, December 5

Penantian Satu Ujian #2

sambungan dari entry ni

Elok elok tempoh 3 bulan yg dinanti nanti habis, terus je period aku sampai. Ok, sabar lagi seminggu lbh je... Sedang elok habis period, aku kira kira la waktu subur yang dicanang canang di artikel artikel & cakap cakap orang berpengalaman...

   sedari tu, aku ada sedikit stress sebab semata mata nak buat 1st trial kononnya biarlah tepat pada waktunya. Ikut juga la tips yang sebenarnya tak cukup lagi mentelaah bab bab merancang kehamilan ni. Sudahnya, kami ada tak sampai setengah bulan berusaha sebelum menjelangnya bulan Ramadhan...oh, cabaran sungguh. Tapi masih lagi mengharap moga moga aku puasa penuh tahun ni...jeng jeng jeng.....

    Kalau ikutkan kitaran haid aku, kira lebih kurang sama setiap bulan. Kitaran 35 hari, 8-9 hari period. Baru sekarang aku gigih kira kitaran sebenar aku. Selama ni duk hentam je bila masa hang nak kluar, aku baru gi beli alas :p Tanda punya tanda kat kalender tu, eh.....dah 35 hari la...apesal tak period lagi ni..jeng!

  Hari 1st missed, kedua pun missed, sampai la ke-5...aku dah suspen. Esoknya bermula la 10 malam terakhir lailatulqadar. Aku dah aim nak sungguh sungguh 10 malam last ni...semangat kobar kobar, tapi kepala dah ke hulu ke hilir fikir apasal la period aku dah delay sampai 5 hari. Ikut rekod sepanjang tahun tu, aku takde pulak pernah delay.

  Kecuali la makan ubat perancang(kot) masa pergi umrah hari tu. Walaupun orang suruh berdoa banyak banyak supaya tak period masa kat sana, tapi aku tetap resah memandangkan kiraan aku tepat tepat kena masa awal awal kat sana & sampai 9 hari pulah tu...ziarah kami cuma 12 hari je...tak boleh tak boleh...so, tawakal & ambik jugak ubat tu... But then, lepas aku settle umrah wajib, esoknya aku tak ambik dah ubat tu..dinasihatkan makan sampai balik Malaysia. Aku pulak tak tau ubat perancang tu biasa akan tahan sampai 5 hari sebelum period kita datang semula (kakak aku bg tau lps tu) cet. So sempat la buat umrah lagi 2x ikut kumpulan...cuma takde rezki buat tawaf selamat tinggal, sebab elok2 je period keluar pastu.

   Panjang plak citer pasal period kat mekah. Buat entry gi umrah malas. Hihu!

   Ok la, sebenarnya, aku pun sedar, period ni memang ikut mood, keadaan emosi, keadaan fizikal pun boleh mempengaruhi jugak. Dalam kes aku utk 1st month trial ni, aku memang sangat sangat la berharap aku tak datang period, konon nak puasa penuh.. dalam masa sama, harap dalam perut tu dah berisi...huhu. Biar la kat mulut cakap, eh tak la..tak fikir sangat pun...mek! Jangan tipu diri sendiri ok...

   sudahnya, aku period sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan... :/ Aku pasrah tp redha. Cuba lagi..walaupun tau, waktu subur aku masa raya ni sepenuhnya kat kampung suami. Bukan tak selesa, bilik sendiri tau! Cuma hari raya kan! Sibuk la siang malam beraya..adeh...tapi ada gak suara suara halus suruh aku ajak suami gi 'honeymoon' kat mana mana chalet ke resort ke tepi pantai...ecehhhh...berangan tok kadok la ko. Balik kelantan setahun sekali pun payah, lagi nak escape escape. Sabar sabar. Berkat jumpa ma & saudara mara lebih penting. Jumpa mereka, insyaAllah ada doa dititip setiap kali salam & tanya, dah ada anak belum? Kan kan! Positif :)

   Melepas bulan ke-2 percubaan...tapi tetap tak putus berdoa. Masa ni rasa macam bertahun tahun lamanya. Padahal tau, baru 2 bulan. Fikir fikir. Anggap baru 2 bulan nikah. Eh, stendet la kan... Haha..macam macam cara nak pujuk hati ni..selain sentiasa ingat, kawan kawan baik masa sekolah, masa uni, yang kawen lebih awal, hampir 7-8 tahun belum dikurniakan cahaya mata pun lagi...lagi lama =,=

   Habis raya, balik keje...kitaran seperti biasa...usaha juga seperti biasa. Cuma kali ni takde desak desak, takde stress stress...cuma pesan kat suami..sekian tarikh, insyaAllah kalau ikut bacaan adalah waktu subur saya...selebihnya, kita tawakal. Elok elok range waktu yang dijangkakan, kami balik kampung johor...niat nak berurut satu badan.

   Sebenarnya, urut tu ikut nasihat kawan pasal aku ngadu yang aku susah buang air besar...terlanjur urut, yang memang dah lama tak merasa diurut satu badan...aku mintak makcik urut tu naikkan peranakan aku skali...tapi bagi tau jugak, saya tengah rancang nak mengandung ni makcik..agak agak risiko tak. Makcik urut tu tekan tekan, kalau ada isi ni keras kat sini...( baru 4-5 hari habis period, takkan kalau sperm baru melekat kat telur boleh rasa keras..kehkehkeh.. Tapi tawakal jugak la..baca bismillah banyak banyak.

   Aku mintak naikkan peranakan sebab dulu dulu zaman anak dara, pernah kena kencing tak tos. Pergi la urut. Mak bidan tu cakap, peranakan dah terturun ni. Buat kerja berat ke? Anak dara mana boleh buat kerja kerja berat :p

   Rajin la kononnya masa tu kan..kahkahkah!

   Balik citer asal, masa makcik urut tu berusaha naikkan peranakan aku ( tak tau la peranakan aku tu memang kat bawah ke apa, sbb makcik tu xcakap pape pun) cuma dia terus je baca baca & cuba naikkan...berkerut kerut dahi dia masa tekan tekan urut nak naikkan..jangan keraskan, jangan tahan nafas, semua la jangan..

    Masa tu jugak terdetik dalam hati berdoa...(ok, this is not good utk next time)...jangan buat main berdoa yang ikut hati je nak lepaskan...masa tu aku ada jgk rasa insecure..mana la tau memang ada sperm yg berjaya tembus..aku pun cakap dlm hati, ya Allah...kalau ada lah zuriatku dalam rahimku, peliharalah ia semasa makcik ni naikkan peranakanku...(biarlah sakit tempat lain yg tak berkaitan, tp jgn sakit sangat la) 

   Nauzubillah...2-3 hari lepas tu, tiba tiba je tangan kanan aku sakit dari siku ke atas..seminggu lebih jugak la. Sehari aku tak dapat bawak kereta pergi kerja. Buat kerja pun kena adjust kerusi bagi tinggi & alas bantal. Syukur lepas aku ngadu ngadu dalam fb, abang aku suruh beli ubat sapu tu..alhamdulillah, lps beberapa hari...sakit hilang... 

   Ingat...doa tu senjata orang mukmin...jangan suka suka mintak yang bukan bukan...( taknak buat lagi ). Isk isk isk. 

   Tapi masa tu tak fikir macam tu lagi...cuma asek nak blame makcik urut tu tak reti urut je. Dah la sekejap giler urut satu badan. Tak berasa pun...haishhh..tak bersyukur lagi =,= 

   Lepas tu meneruskan hari hari seperti biasa. Cuma kali ni emosi tak sama macam 1st month trial :p let it going naturally, smoothly without tensi. Heheh! But again, for the second time...after 35 days cycle was passed...jeng! 

   Ok, bertenang..ko pernah delay period 5 hari. Ko bagi masa lagi 5 hari eh...nervous nervous. Tapi tenang..kehkehkeh..ye la sebab dah penah sekali delay 5 hari... 

   Eh, hari ni pun tak datang lagi? Hari ke-7 pun tak datang gak? Tak macam 1st trial month lepas, setiap hari aku share progress dgn bff aku thru fb chat. Kali ni aku sorang sorang bertenang, sambil sikit sikit cakap kat suami...sebab suami pun taknak layan, risau aku terlalu berharap. 

   Ok...hari ke-8 delay, aku dah rasa semacam...memang lewat pagi sampai ke tengahari aku ada loya loya nak muntah. Tapi tak muntah la, sekadar uwek sekali dua je. Dengan petang petang dekat pukul 6. Pastinya time aku rasa lapar yang amat...tapi simptom simptom tu aku dah biasa sangat sebab aku ni alah perut kosong/lapar, kira gastrik la. Bukan setakat loya loya nak muntah, muntah terus pun ada...

   Tapi. aku ada sikit suspect, there must be something inside..balik bagi tau suami nak beli pregnancy test. Malam tu aku beli 2 kat giant. Hajat nak tunggu balik bp weekend tu, balik raya haji baru nak test... Tunggu lagi sehari, hari ke-9 still missed! 

   Ok, decide esok hari sabtu sebelum balik johor nak test kalau my period still missed that morning. Esoknya, terlewat bangun subuh...6.30 baru terjaga...cepat cepat keluarkan pregnancy test, baca lebih kurang...ambik 1st urine of the day & do the test. 

   Less than seminit... It's two line!!! Nak test guna lagi 1, dah kelam kabut nak solat subuh. Senyum ucap syukur dalam hati, terus bagi dekat suami yg baru selesai solat & aku gegas ambik wuduk utk solat seterusnya sujud syukur :) Alhamdulillah... 

    (sementara tu, suami ni sorang sorang la terkial kial. Baca manual & apa kes ni??) Suamiku tunggu lepas aku selesai sujud syukur... " betul ke ni yang?" InsyaAllah yang... :) kami sama sama sebak gembira dalam masa sama, risau jugak...error ke kan...segera suami buat sujud syukur...lepas tu, masing masing pakat bagi tau mak & ma... 

    Macam dalam drama melayu, alhamdulillah, mak baru je sebut nama ude doakan ude cepat cepat mengandung..mak tengah doa ni tiba tiba bunyi telefon. Lepas ucap syukur, mak mintak letak fon dulu sebab belum habis berdoa & wirid lps subuh. Sama jugak ceritanya masa suamiku telefon ma, memang waktu lepas solat subuh kan, diorg akan doa & wirid lama lama...doa ibu sangat sangat Allah dengar dan makbulkan...terima kasih mak, ma & abah...sebenarnya, terima kasih semua yang mendoakan kami... 

   Terus aku mms adik beradik gambar pregnancy test tu, "doakan result ni tepat"....Tengahari tu selamat sampai johor...semua ada kat dapur...ucap tahniah & syukur...senyuman abah paling bermakna hari tu :))  

Aku bersyukur tak terhingga ya Allah..
Tak terucap syukur aku pada Mu...
Baiknya Engkau, makbulkan hajatku...
Sesegera yang aku hajatkan...
Sayangnya Engkau padaku ya Allah...
Nikmat mana lagi yang Engkau bagi, tapi aku tak bersyukur...

Hari ini, genap 2 tahun usia perkahwinan kami...
Yang sebelum ini kurasa bertahun aku tunggu hadiah dariMu...
Namun, dengan sekelip mata aku rasa ia seketika cuma...

Sesungguhnya, Allah menyayangi hambaNya yang sabar...
Ya Allah, Kau peliharalah aku, suami & zuriat kami dari sebarang penyakit..
Permudahkanlah perjalanan kami tika ini, juga selepas ini...

 Aminnn.

Thursday, December 1

Penantian Satu Ujian



kawan baik 2011 =P


yaaa..ini la dia teman perjuanganku sepanjang 2011 ni. kalendar tu mmg la nombor, aku tambah lagi dgn nombor nombor lain. takde benda lain yang aku tanda selain kitaran haid, count down my hubs' last prescription, and count down 3 mths for his body clear from drugs & itu lah permulaan kami utk berusaha mendapatkan tanda tanda kehamilan selain suami terpaksa menanggung sedikit rasa sakit tanpa ubat...

start februari 2011, genap setahun lakiku mengambil ubat kawalan pakar seperti yg aku pernah cerita dulu. hati ni sebenarnya dah rasa sekejap ok sekejap tak ok, bila tengok kawan kawan dapat org baru lepas jadi pengantin baru :/

selalu pujuk hati, jgn tengok org macam tu, tengok kawan kawan yg dh 5-6 thn kawen, tp belum lagi Allah bagi rezeki tu...ok, tenang.

tapi bila balik kelantan, abg ipar & akak ipar (yg 1st diagnos sakit lakiku) tu cakap, 

      "kalau kat uk, patient athritis ni desak je doc suruh stop ubat, wpun diorg bukan plan utk anak 1st...dah berderet pun", selamba je gaya bakal doktor pakar (insyaAllah)

start dari situ, hubby pun lebih confident utk bersuara dgn Dr. Shahdan pasal hasrat murni kami ni. ekekek ;p

bermula la doktor turunkan dos ubat dpd 6 biji kpd 4 biji seterusnya 2 biji dlm masa lebih kurang 2-3 bulan juga  (tak sure)...step yg ni pun doktor selalu dalih dalih & kadang kadang tu macam buat buat lupa plak this appoinment dia janji nak turunkan dos..sampai laki aku turunkan sendiri tanpa arahan doktor. kehkehkeh!

kalau refer gambar planner comot kat atas tu, bulatan merah #1 adalah hari last hubby amik MTX (Methotrexate)...kalau ikut Dr.Shahdan, dia bagi terus je plan to get pregnant. But, a yr ago he said to wait until 2 mths to make the drug clear from body. Tak puas hati, tanya pakar ubat aka our in-house pharmacist, she ask to wait until 3 months! sama gak jawapan bila ty doktor pakar to be yg master rheumatology aka BIL.

hai...tak nyabo dr shahdan ni nak dpt cucu ye. kekekek ;p

sebenarnya, dr shahdan senyap & tak cadang utk stop ubat my hubs sbb graf sakit lakiku belum berapa stabil...betul la tindakan dia, tp hak pesakit pun doktor kena la faham juga...pengantin baru tu kena mkn ubat tu...isk isk isk :(

ok la, sabar punya sabar, tanda punya tanda kat planner, doa sungguh sungguh, dapat plak rezki pergi umrah tengah tengah count down tu (alhamdulillah)...menangis tengahari buta matahari terpacak atas kepala betul betul 5 kaki jarak dari dinding kaabah. SUBHANALLAH!

akhirnya sampai sudah 3 bulan penantian...(bulatan merah #2)

2 hari lepas cukup 3 bulan ubat clear (dengan izin Allah), aku plak period...penantian lagi...


ps: menanti utk sambung cerita lagi...